FOTO hiasan ini daripada pixabay
FOTO hiasan ini daripada pixabay
Rosli Ilham

Kuala Nerus: Program Bulan Madu kali kedua menyelamatkan lebih seribu pasangan daripada bercerai.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Terengganu, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, berkata hanya 18 daripada 1,094 pasangan yang menyertai program itu bercerai.

Katanya, kerajaan negeri juga membawa semua peserta yang membuat pendaftaran untuk bercerai di pejabat agama di Terengganu menghadiri seminar dan program kekeluargaan yang dianjurkan.

"Melalui seminar itu, kita sedaya upaya cuba menyelamatkan perkahwinan mereka," katanya selepas merasmikan seminar Power Parenting anjuran MAP Training & Consultancy Sdn Bhd, di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini, hari ini.

Seminar sehari itu membabitkan tiga ahli paner terkenal iaitu Profesor Datuk Mohd Fadzillah Kamsah, Profesor Dr Muhaya Mohamad dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2016 @ 12:54 PM