MBAPPE ketika sesi perkenalan di Stadium Bernabeu. FOTO Reuters
MBAPPE ketika sesi perkenalan di Stadium Bernabeu. FOTO Reuters
AFP

Madrid: Bintang Perancis Kylian Mbappe secara rasmi diperkenalkan sebagai pemain Real Madrid di hadapan 80,000 penyokong dan memberitahu mereka mimpinya kini menjadi kenyataan.

Penyerang itu yang melengkapkan ujian perubatannya awal hari ini menandatangani kontrak lima tahun dan diberikan jersi nombor 9 oleh presiden kelab Florentino Perez.

"Wow," kata Mbappe sambil disambut sorakan gemuruh penyokong di Stadium Santiago Bernabeu.

"Selama bertahun-tahun saya impikan beraksi bersama Real Madrid dan hari ini mimpi saya menjadi kenyataan," kata bekas pemain Paris Saint-Germain berusia 25 tahun itu.

"Saya gembira sekarang dan saya akan berikan sepenuhnya kehidupan saya kepada kelab ini," kata Mbappe.

Sambil ditemani ibu bapanya yang menyaksikan daripada tempat duduk penonton serta kehadiran wira kelab Zinedine Zidane, Mbappe kelihatan emosi ketika penyokong menjeritkan namanya dan dia turut mencium jersi Sepanyol yang muncul juara Eropah semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2024 @ 10:26 PM