LOKASI penemuan mayat Nur Farah Kartini di sebuah ladang sawit di Kampung Sri Keladang, Hulu Selangor. FOTO Asyraf Hamzah
LOKASI penemuan mayat Nur Farah Kartini di sebuah ladang sawit di Kampung Sri Keladang, Hulu Selangor. FOTO Asyraf Hamzah
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan sepasukan penyelam (Unit Forensik) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor esok.

Ia bagi melakukan pencarian telefon pintar milik mangsa di kawasan parit air berhampiran ladang sawit berkenaan.

Difahamkan, telefon pintar itu adalah bukti penting dan akan membantu siasatan pembunuhan wanita terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi mengesahkan operasi pencarian berkenaan.

Terdahulu, suspek kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan polis, pada 2.30 petang, hari ini.

Suspek berusia 26 tahun yang tiba dengan baju lokap berwarna oren dan memakai pelitup muka diiringi polis ke kawasan ladang sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, di sini.

Mereka yang hadir menaiki empat kenderaan tidak bertanda dan berada di tempat kejadian selama kira-kira 15 minit sebelum beredar.

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang semalam dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis Perak kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Berkaitan

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Keputusan bedah siasat 'Pending Laboratory Investigation'

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan hampir mereput

Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati

Kes bunuh Nur Farah Kartini: PDRM akan siasat secara telus, adil - KPN

Suspek dibawa ke lokasi mayat ditemui

Lokasi pembunuhan Nur Farah Kartini antara kawasan tumpuan kaki pancing

Suspek sudah berkhidmat lima tahun dalam PDRM

UPSI sedia bantu urus jenazah Nur Farah Kartini

Kronologi kes bunuh Nur Farah Kartini

Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini seorang anggota polis

Kampung gempar selepas penemuan mayat

Penjawat awam direman 7 hari

Polis sahkan suspek adalah teman lelaki

'Sebak, tapi saya kena teruskan baca berita juga'

Penjawat awam ditahan bantu siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh

'Pulanglah, semua orang tunggu Farah...'

Polis mohon bantuan kesan Nur Farah Kartini

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2024 @ 10:04 PM