ANGGOTA Polis di lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini di sebuah kawasan ladang sawit di Kampung Sri Keladang, Hulu Selangor. FOTO Asyraf Hamzah
ANGGOTA Polis di lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini di sebuah kawasan ladang sawit di Kampung Sri Keladang, Hulu Selangor. FOTO Asyraf Hamzah
BERNAMA

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata, proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.

"Kita akan cari telefon pintar miliknya (mangsa) serta rantai dan beberapa barang lain lagi yang dipercayai boleh dijadikan bahan bukti dan menjadi petunjuk kes," katanya.

Semalam, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang Rabu lalu ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada jam 6 petang.

Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak adalah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bekerja dengan sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak, dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan.

Terdahulu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal berusia 26 tahun direman seminggu bermula hari ini untuk membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini.

Berita Berkaitan

Pasukan penyelam polis digerakkan cari telefon pintar milik Nur Farah Kartini di lokasi kejadian esok

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Keputusan bedah siasat 'Pending Laboratory Investigation'

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan hampir mereput

Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati

Kes bunuh Nur Farah Kartini: PDRM akan siasat secara telus, adil - KPN

Suspek dibawa ke lokasi mayat ditemui

Lokasi pembunuhan Nur Farah Kartini antara kawasan tumpuan kaki pancing

Suspek sudah berkhidmat lima tahun dalam PDRM

UPSI sedia bantu urus jenazah Nur Farah Kartini

Kronologi kes bunuh Nur Farah Kartini

Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini seorang anggota polis

Kampung gempar selepas penemuan mayat

Penjawat awam direman 7 hari

Polis sahkan suspek adalah teman lelaki

'Sebak, tapi saya kena teruskan baca berita juga'

Penjawat awam ditahan bantu siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh

'Pulanglah, semua orang tunggu Farah...'

Polis mohon bantuan kesan Nur Farah Kartini

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Julai 2024 @ 12:15 AM