ANGGOTA forensik Polis Diraja Malaysia ketika hadir di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini. FOTO Bernama
ANGGOTA forensik Polis Diraja Malaysia ketika hadir di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh hari ini. FOTO Bernama
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Bedah siasat ke atas mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) di sini, diputuskan Pending Laboratory Investigation (menunggu laporan lengkap makmal).

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, keputusan itu dibuat selepas proses bedah siasat dijalankan Pakar Patologi Forensik HSB selama lebih dua jam, bermula pada 3 petang sehingga 5.30 petang.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan memohon mana-mana saksi kejadian untuk tampil di balai berhampiran bagi membantu siasatan.

"Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh mengganggu siasatan kes," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Keputusan bedah siasat ini bermakna, punca kematian graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu belum dapat dipastikan sehingga polis menerima laporan analisa makmal.

Harian Metro semalam melaporkan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemui mati di kawasan tidak jauh dari Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan itu, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Polis Perak kemudian mengesahkan suspek adalah seorang anggotanya berpangkat lans koperal yang bertugas di Balai Polis Slim River di Tanjung Malim dan sudah lima tahun berkhidmat.

Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita Berkaitan

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan hampir mereput

Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati

Kes bunuh Nur Farah Kartini: PDRM akan siasat secara telus, adil - KPN

Suspek dibawa ke lokasi mayat ditemui

Lokasi pembunuhan Nur Farah Kartini antara kawasan tumpuan kaki pancing

Suspek sudah berkhidmat lima tahun dalam PDRM

UPSI sedia bantu urus jenazah Nur Farah Kartini

Kronologi kes bunuh Nur Farah Kartini

Suspek kes bunuh Nur Farah Kartini seorang anggota polis

Kampung gempar selepas penemuan mayat

Penjawat awam direman 7 hari

Polis sahkan suspek adalah teman lelaki

'Sebak, tapi saya kena teruskan baca berita juga'

Penjawat awam ditahan bantu siasatan pembunuhan Nur Farah Kartini

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan, dipercayai dibunuh

'Pulanglah, semua orang tunggu Farah...'

Polis mohon bantuan kesan Nur Farah Kartini

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2024 @ 8:43 PM