SKUAD Belgium dijangka menentang Israel di luar negara itu.
SKUAD Belgium dijangka menentang Israel di luar negara itu.
AFP

Brussels, Belgium: Belgium tidak akan menjadi tuan rumah perlawanan menentang Israel dalam saingan Liga Negara-Negara pada 6 September susulan kebimbangan mengenai masalah keselamatan, menurut Persekutuan Bolasepak Belgium (RBFA) hari ini.

Brussels bulan lalu berkata aksi itu tidak akan berlangsung di Stadium King Baudouin kerana boleh mencetuskan demonstrasi.

Pihak berkuasa melaporkan sukar menganjurkan perlawanan sangat berisiko tinggi di bandar itu susulan ketegangan konflik Israel-Palestin manakala bandar-bandar lain di Belgium turut menolak menjadi pengganti.

Susulan keengganan Belgium itu, Budapest dikatakan sedia menjadi alternatif.

Perancis serta Itali turut berada bersama Belgium dan Israel dalam Kumpulan A2 Liga Negara-Negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Julai 2024 @ 10:14 PM