LOVREN (tiga dari kanan) menanduk masuk gol kemenangan The Kop.
LOVREN (tiga dari kanan) menanduk masuk gol kemenangan The Kop.
AP

Liverpool: Aksi suku akhir Liga Europa baru saja memasuki masa penamat dan peminat Kop di Anfield, menjerit hingga membolehkan Liverpool mara ke peringkat berikutnya menerusi gol keempat mereka.

Dejan Lovren mengesan hantaran tinggi James Milner di kawasan penalti dan meluru untuk menanduk masuk ke gawang Borussia Dortmund, sekali gus mencetuskan kepuasan dalam kalangan penyokong.

“Untuk satu tempoh yang lama saya tidak pasti sama ada bola itu masuk,” kata pengurus Liverpool Juergen Klopp selepas menang 4-3.

“Namun jelas sekali tiada siapa yang menyatakan sesuatu berlainan.”

Lovren, seorang pertahanan merancang gol pertamanya musim ini dengan sempurna. Jaringan itu gol keempat Liverpool pada separuh masa kedua, melengkapkan salah satu daripada kebangkitan paling diingati dalam bola sepak Eropah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 April 2016 @ 6:20 AM