Liverpool: Pengurus Liverpool Brendan Rodgers mahu melihat peningkatan menyeluruh pertahanannya apabila berdepan Hull City pada aksi Liga Perdana di Anfield, malam ini.

Gawang Reds tidak dibolosi hanya sekali setakat ini ketika menang 3-0 ke atas Tottenham pada hujung Ogos lalu.

Rodgers mengikat pertahanan tengah Dejan Lovren dari Southampton, pertahanan kiri Alberto Moreno dari Sevilla dan membawa masuk pertahanan kanan Javier Manquillo secara pinjaman dari Atletico Madrid ketika pramusim.

Namun selepas dibolosi 19 gol dalam 12 perlawanan dalam semua pertandingan setakat ini, Rodgers menegaskan, usaha kolektif semua pemainnya diperlukan untuk membantu Liverpool memantapkan benteng.

“Ia perlu lebih bagus sebagai sebuah pasukan, bukan hanya pertahanan dan penjaga gol,” ujar Rodgers.

“Sebagai sebuah pasukan kami perlu lebih bagus. Kami bangga jika tidak dibolosi, tapi perlu lebih kompetitif dan agresif.”

Awal pagi Khamis lalu Liverpool tumbang 0-3 di halaman sendiri kepada Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara dengan tiga gol penyandang juara itu hadir sebelum rehat babak pertama.

“Amat mengecewakan menentang Real berikutan cara gol yang kami lepaskan kerana kebanyakannya gol mudah,” tegas Rodgers. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Oktober 2014 @ 5:04 AM