SHAHRIN menunjukkan poster syarahan umum Dr Zakir. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
SHAHRIN menunjukkan poster syarahan umum Dr Zakir. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber
Nur Ain Musdad


Alor Gajah: Orang ramai yang bercadang menghadiri program Syarahan Umum Dr Zakir Naik, di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Ahad ini, perlu membuat pendaftaran di http://www.islamicevents.my/event/410.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib berkata, individu terbabit juga perlu mendaftarkan nama semua ahli keluarga yang turut serta pada program syarahan terbabit.

"Salinan pendaftaran itu perlu dibawa bersama sebagai bukti mereka sudah mendaftar. Mereka juga dinasihatkan datang awal bagi mengelakkan sebarang masalah atau terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

"Kami jangkakan lebih 20,000 orang akan hadir untuk mendengar syarahan umum itu walaupun Dewan Besar UTeM hanya boleh memuatkan 5,000 hingga 7,000 orang dalam satu-satu masa," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, berikutan itu pihaknya turut menyediakan skrin besar bagi membolehkan orang ramai di luar dewan dapat mengikuti syarahan disampaikan Dr Zakir Naik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 11:44 PM