DR Zakir ketika memberi ceramah di Imtiaz Besut. FOTO Rozainah Zakaria
DR Zakir ketika memberi ceramah di Imtiaz Besut. FOTO Rozainah Zakaria
Zatul Iffah Zolkiply

Jertih: Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik akur dengan permintaan pihak berkuasa yang memintanya menukar tajuk syarahan di Universiti Teknikal Malaysia di Melaka

Katanya, sebagai penceramah versatile, beliau perlu bersedia dengan sebarang perubahan termasuk menukar tajuk syarahan di saat akhir.

"Dengan apa yang berlaku ini, saya dapat rasakan jumlah hadirin yang akan datang ke syarahan umum saya di Melaka akan bertambah.

"Saya dapat rasakan penduduk Melaka semakin tidak sabar menantikan kehadiran saya.

"Ini adalah kali keenam kedatangan saya ke Malaysia dan setiap kali syarahan jumlah pengikut semakin bertambah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab mengenai kontroversi pembatalan syarahan umumnya di Melaka.

Bagaimanapun, kerajaan memberi kebenaran syarahan umum itu diteruskan dengan syarat tajuknya perlu ditukar.

Terdahulu, Dr Zakir memberi syarahan bertajuk ‘Adakah Allah Wujud’ di perkarangan Sekolah Menengah Imtiaz Besut.

Lebih 5,000 orang hadir termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Berita berkaitan:

Syarahan Dr Zakir di UTeM bertajuk baru

Boleh teruskan ceramah, tetapi tukar tajuk

Pastikan tajuk tak undang kegusaran

Dr Zakir boleh teruskan ceramah

Jemput bukan Islam hadir bertanya sendiri

Minta polis benarkan ceramah

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 April 2016 @ 1:36 AM