Layar besar dipasang di luar dewan bagi membolehkan orang ramai yang tidak dapat masuk ke dalam dewan  mengikuti syarahan Dr Zakir Naik. - Foto MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
Layar besar dipasang di luar dewan bagi membolehkan orang ramai yang tidak dapat masuk ke dalam dewan mengikuti syarahan Dr Zakir Naik. - Foto MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
Orang ramai yang memenuhi Dewan Besar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) untuk mengikuti syarahan Dr Zakir Naik. - Foto MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
Orang ramai yang memenuhi Dewan Besar Universiti Teknikal Melaka (UTeM) untuk mengikuti syarahan Dr Zakir Naik. - Foto MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER
Nor Shafinaz Sari


Alor Gajah: Lebih 20,000 hadir untuk mendengar syarahan disampaikan penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik, di Dewan Besar Universiti Teknikal Melaka (UTeM), di sini, malam ini.

Penceramah itu tiba di Dewan Besar UTeM bersama Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron pada jam 8.15 malam tadi, disambut hadirin terdiri daripada pelbagai kaum.

Idris dalam ucapannya yang mengalu-alukan kedatangan penceramah dari Mumbai itu berkata, kerajaan negeri dan persekutuan sentiasa mengalu-alukan usaha dakwah bagi memartabatkan Islam.

Dr Zakir menyampaikan ceramah bertajuk Islam - Masalah dan Penyelesaian untuk Kemanusiaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 April 2016 @ 9:45 PM