HENSWORTH anggap peluang kembang karakter Eric dengan lebih baik dalam The Huntsman: Winter’s War.
HENSWORTH anggap peluang kembang karakter Eric dengan lebih baik dalam The Huntsman: Winter’s War.
Michelle Gun


Desas-desus Chris Hemsworth berhasrat bersara hangat diperkatakan selepas jejaka tampan itu membawa keluarganya berpindah dari Los Angeles, Amerika Syarikat ke kampung halaman di Australia tahun lalu.

Namun, khabar angin itu dibidas pelakon adiwira Thor terbabit pada sidang media eks­klusif The Huntsman: Winter’s War bersama Harian Metro di Singapura baru-baru ini.

Hemsworth, 32, menjelaskan kenyataanya yang mahu mencuba karakter baru diputar belit pihak media.

“Bukan mahu berhenti berlakon sebaliknya saya ingin mencuba watak selain aksi. Saya suka mencuba sesuatu yang baru namun tidak kisah sekiranya ditawarkan berlakon filem aksi lagi,” katanya.

Selain filem aksi The Huntsman: Winter’s War yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 14 April ini, Hemsworth juga akan muncul dalam filem genre berbeza iaitu Ghostbusters pada Julai depan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 April 2016 @ 5:00 AM