Pembikin filem Paul Feig mengumumkan aktor Chris Hemsworth turut membintangi filem Ghostbuster. Naskhah itu turut dijayakan Melissa McCarthy, Kristen Wiig, Kate McKinnon dan Leslie Jones. Ia diumumkan melalui laman sosial Twitter.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang kenyataan sama ada dari Hemsworth atau wakilnya. Namun, berita yang disampaikan Feig itu sudah cukup mengujakan peminat Hemsworth.

Dia mula menjadi pujaan ramai selepas menjayakan watak Thor. Dia kini sibuk dengan penggambaran The Huntsman, sekuel filem Snow White And The Huntsman.

Filem itu dijangka ditayangkan tahun depan pasti tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah. Hemsworth mempunyai hubungan baik dengan pelakon yang membintangi Ghostbuster itu. Filem itu dikatakan bakal ditayangkan pada 22 Julai 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2015 @ 5:03 AM