Miley memikirkan ikatan perkahwinan berada dalam fikiran Hemsworth. FOTO GETTY IMAGES
Miley memikirkan ikatan perkahwinan berada dalam fikiran Hemsworth. FOTO GETTY IMAGES
Susunan Oleh Michelle Gun


Los Angeles: Bintang filem Hunger Games, Liam Hemsworth menafikan mengikat tali pertunangan dengan kekasih Miley Cyrus yang juga penyanyi terkenal.

Spekulasi pasangan itu bertunang timbul selepas Cyrus, 23, dilihat memakai cincin berlian 3.5 karat yang pernah dihadiahkan Hemsworth, 26, pada 2012.

Memetik TV Week, khabar angin Hemsworth dan Cyrus kembali bercinta tersebar selepas ada individu mendakwa melihat pasangan itu berpegang tangan di tayangan perdana filem The Huntsman: Winter's War, baru-baru ini.

Menyedari kisah percintaanya menjadi tumpuan media, Hemsworth berkata dia kini jarang keluar rumah sejak mengalami kecederaan tulang belakang beberapa bulan lalu.

"Saya terpaksa menghabiskan masa berehat di rumah. Tambahan pula saya tidak mahu mencuri tumpuan orang ramai apabila di luar rumah," katanya.

Menurut pelakon itu, dia turut menyedari kehadiran helikopter yang berlegar di sekitar kediamannya.

Hemsworth dan Cyrus sebelum ini pernah bertunang namun mereka berpisah pada 2013.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 April 2016 @ 7:55 PM