ANUGERAH REAL BEAUTY 2024 mengiktiraf produk kecantikan, penjagaan kulit, rambut, dan kesihatan terbaik pilihan pengguna.
ANUGERAH REAL BEAUTY 2024 mengiktiraf produk kecantikan, penjagaan kulit, rambut, dan kesihatan terbaik pilihan pengguna.
HM Digital

AEON mengumumkan pemenang Anugerah REAL BEAUTY 2024 bagi mengiktiraf produk kecantikan, penjagaan kulit, rambut, dan kesihatan terbaik pilihan pengguna.

Lebih 1,000 pelanggan dan 200 pengulas dalam talian mengambil bahagian, dengan 55 jenama tempatan dan antarabangsa bertanding dalam 28 kategori yang disediakan.

Anugerah yang diadakan buat kali pertama itu menunjukkan komitmen mereka terhadap pengiktirafan yang mendapat sokongan pengguna.

Ketua Pegawai Barangan dan Pemasaran AEON Malaysia, Low Ngai Yuen berkata, Komuniti REAL BEAUTY yang ditubuhkan pada 2022 berkembang menjadi kelompok peminat kecantikan.

Katanya, ia berlandaskan tiga teras utama iaitu 'Influence to Pay It Forward, Represent and Shape the Market dan Support Small Businesses.'

"Ia bukan sahaja untuk menggalakkan pelanggan berkongsi pengalaman mereka dengan produk, malah membantu orang lain membuat pilihan yang baik dan menjimatkan wang.

"Selain itu, ia juga menunjukkan bagaimana maklum balas pelanggan boleh membentuk produk masa depan untuk memenuhi pelbagai keperluan.

"Teras Support Small Businesses pula bertujuan menonjolkan jenama kecantikan baharu dan membantu mereka berjaya melalui undian pelanggan," katanya pada majlis penganugerahan di ibu negara, baru-baru ini.

Menurut Ngai Yuen lagi, anugerah itu bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu daya transformasi yang membentuk pendekatan pihaknya terhadap kategori kecantikan dan kesihatan.

Sementara itu, AEON turut melancarkan jenama dalaman terbaharunya, Daisuki yang menawarkan produk penjagaan badan premium.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 6:43 AM