TENGKU Permaisuri Norashikin melihat koleksi barangan kemas. - FOTO Rohanis Shukri
TENGKU Permaisuri Norashikin melihat koleksi barangan kemas. - FOTO Rohanis Shukri
Fairul Asmaini Mohd Pilus


Habib terus meningkatkan standard dan mentakrif semula masa depan peruncitan barangan kemas di Malaysia, dengan pelancaran bilik pameran 'flagship' serba baharunya di Ampang Point.

Dibuka pada 1993, ia bukan sahaja berfungsi sebagai bilik pameran, malah ibu pejabat utama jenama itu.

Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk Seri Meer Habib berkata, pihaknya berbangga untuk menampilkan reka bentuk bilik pameran kontemporari baharu yang mengiktiraf perubahan citarasa dan keperluan pelanggan.

Katanya, rekaan bilik pameran serba baharu itu memperkenalkan ruangan yang lebih luas serta pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dan peribadi untuk pelanggan.

"Bilik pameran diubah suai ini ada ruangan tertutup khas untuk pelanggan mendapatkan konsultasi barangan kemas secara lebih peribadi.

"Setiap aspek reka bentuk dalaman daripada pencahayaan, kaunter, siling dan fasad pula diilhamkan daripada geometri batu permata yang memukau.

"Wajah baharu bilik pameran 'flagship' ini bukan sahaja mempamerkan kemewahan, rekaan kontemporari malah memastikan suasana persekitaran yang lebih baik berbanding sebelum supaya pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli belah yang lebih bermakna," katanya pada majlis perasmian baru-baru ini.

Majlis disempurnakan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

MAJLIS perasmian pembukaan semula bilik pameran flagship HABIB Ampang Point disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. - FOTO Rohanis Shukri
MAJLIS perasmian pembukaan semula bilik pameran flagship HABIB Ampang Point disempurnakan oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. - FOTO Rohanis Shukri

WAJAH baharu ruang pameran untuk pengalaman membeli-belah yang lebih selesa kepada pelanggan. - FOTO Rohanis Shukri
WAJAH baharu ruang pameran untuk pengalaman membeli-belah yang lebih selesa kepada pelanggan. - FOTO Rohanis Shukri

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Kumpulan HABIB, Datin Sri Zarida Noordin, dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Dr Ani Ahmad.

Sementara itu, Pengurus Besar Kanannya, Mohd Zaruddin Mahmud berkata, lokasi strategik bilik pameran itu membolehkan ia mempamerkan rangkaian koleksi barangan kemas eksklusif dan pelbagai seperti batu permata, rekaan barangan kemas ditempah khas, jongkong emas untuk pelaburan, barangan kemas Oro Italia 916 serta jenama antarabangsa terkenal seperti Heart On Fire dan Stephen Webster.

Katanya, ia yang pertama daripada kedai generasi seterusnya (Next Generation Stores), bukti komitmen berterusan jenama itu selain sebahagian daripada strategi transformasi lebih besar.

"Ini kerana kami percaya, orang ramai memilih jenama ini bukan hanya kerana reputasi, ciri eksklusif dan kualiti tinggi barangan dijual semata-mata, malah nilai tambah lain iaitu profesionalisme serta layanan mesra kakitangan.

"Semua itu membantu membina reputasi kami sebagai jenama barangan kemas terkemuka di Malaysia sejak lebih 66 tahun lalu.

"Bilik pameran generasi yang akan datang ini akan meneruskan legasi jenama ini sebagai destinasi pilihan semua pencinta barang kemas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 6:46 AM