BAHAN-BAHAN.
BAHAN-BAHAN.
1. AYAM diperap dengan sedikit garam dan lada sulah.
1. AYAM diperap dengan sedikit garam dan lada sulah.
2. PANASKAN kuali dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun. Masukkan ayam dan tumis sampai masak.
2. PANASKAN kuali dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun. Masukkan ayam dan tumis sampai masak.
3. MASUKKAN bawang cincang, cili hijau dan cili merah. Gaul sebati, masak hingga kering.
3. MASUKKAN bawang cincang, cili hijau dan cili merah. Gaul sebati, masak hingga kering.
4. DALAM pemanggang, bakar roti tortilla dengan api sederhana.
4. DALAM pemanggang, bakar roti tortilla dengan api sederhana.
5. SETELAH garing, keluarkan dari kuali dan sapu rata mayonis.
5. SETELAH garing, keluarkan dari kuali dan sapu rata mayonis.
6. LETAKKAN inti ayam pada sebelah bahagian tortilla dan susun kepingan keju atas inti .
6. LETAKKAN inti ayam pada sebelah bahagian tortilla dan susun kepingan keju atas inti .
7. LETAKKAN tomato dan hiaskan dengan hirisan timun.
7. LETAKKAN tomato dan hiaskan dengan hirisan timun.
8. LIPAT tortilla menutup inti.
8. LIPAT tortilla menutup inti.
9. PANASKAN semula tortilla untuk menggaringkannya. Angkat dan potong empat bahagian menjadi segi tiga.
9. PANASKAN semula tortilla untuk menggaringkannya. Angkat dan potong empat bahagian menjadi segi tiga.
QUESADILLA ayam siap dihidang.
QUESADILLA ayam siap dihidang.
Yusliza Yakimir Abd Talib


Makanan Mexico terkenal dengan sifatnya yang berwarna-warni dan pedas. Makanannya kaya dengan protein (terutama jagung), vitamin, dan galian.

Kebanyakan masakan Mexico masa kini berasaskan tradisi pribumi Amerika, termasuk Aztek dan Maya, digabung dengan trend masakan yang diperkenalkan oleh kolonis Sepanyol.

Quesadilla yang terkenal sebagai contoh, ialah tortilla jagung dengan keju, daging lembu, ayam, udang, dan pelbagai sumber protein lain. Makanan seperti ini biasanya berwarna-warni disebabkan pelbagai sayuran antaranya cili merah, cili hijau, brokoli, bunga kubis, dan lobak serta daging dalam makanan Mexico.

Makanan Mexico berbeza mengikut wilayah kerana perbezaan etnik dan pengaruh Sepanyol yang berbeza dari satu kaum ke kaum yang lain di Mexico. Bahagian utara Mexico terkenal dengan pengeluaran dagingnya dan hidangan berunsurkan daging manakala di tenggara Mexico terkenal dengan makanan sayurannya yang pedas dan makanan berunsurkan ayam.

Cef Sous Hotel One World, Mohd Shahrizal Mohd Saleh berkata, meskipun quesadilla ialah sajian asal Mexico, ia juga boleh disesuaikan dengan cita rasa tempatan.

Kebiasaannya quesadilla dibuat daripada tortilla yang diisi dengan daging ayam, daun salad, keju mozarella serta disajikan dengan tomato salsa dan mayonis.

“Quesadilla ayam masakan yang cepat, mudah dan kaya dengan rasa. Bahagian dalamnya yang mengandung keju meleleh sementara lapisan tortilla di bahagian luarnya memberikan tekstur yang garing.

“Resipi ini juga boleh diubah suai mengikut selera masing-masing. Jika mahu rasa pedas, boleh juga diletak cili jalapeno manakala pelbagai pilihan keju boleh digunakan untuk membuat resipi ini,” katanya.

Mohd Shahrizal menunjukkan langkah demi langkah resipi quesadilla ayam yang mudah dilakukan sendiri di rumah.

BAHAN

Roti tortilla, keju camembert, ayam (dipotong kecil), bawang (dicincang), cili merah dan cili hijau (dipotong halus), daun salad (dihiris nipis), tomato (dipotong dadu), timun (dihiris), mayonis, satu sudu teh minyak zaitun (untuk menumis), sedikit garam dan lada sulah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mac 2016 @ 12:20 PM