SPAGETI Ariabata makanan laut.
SPAGETI Ariabata makanan laut.
1. PANASKAN minyak
1. PANASKAN minyak
2. TUMIS bawang dan cili padi
2. TUMIS bawang dan cili padi
3. MASUKKAN sotong, udang dan kepah
3. MASUKKAN sotong, udang dan kepah
4. TAMBAH sedikit air dan biarkan mendidih seketika
4. TAMBAH sedikit air dan biarkan mendidih seketika
5. MASUKKAN sos tomato dan sos cili
5. MASUKKAN sos tomato dan sos cili
6. MASUKKAN tomato, daun sup dan daun bawang, kacau hingga kuah pekat.
6. MASUKKAN tomato, daun sup dan daun bawang, kacau hingga kuah pekat.
7. MASUKKAN spageti dan hidangkan panas.
7. MASUKKAN spageti dan hidangkan panas.
Yusliza Yakimir Abd Talib

Itali memang dikenali dengan masakannya, malah boleh dikatakan banyak makanan berasal dari negara itu menjadi kegemaran seantero dunia.

Di Malaysia, sebutkan saja sajian dari negara itu yang sering menjadi hidangan kegemaran ramai seperti pasta atau piza. Malah, kafe atau restoran yang menyajikan masakan Itali di negara ini tidak terkira banyaknya seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Ciri khas masakan Itali adalah makanan dibuat dengan hati yang senang dan penuh semangat. Boleh dikatakan kita sudah merasai pelbagai masakan berasal dari negara itu yang juga gabungan begitu banyak bahan segar, rencah pelbagai dan membuatnya sendiri di rumah tidaklah sesukar mana.

Salah satu masakan Itali yang mencerminkan semangat ini ialah pembuatan pasta. Pasta boleh dimasak dengan beberapa jenis sos antaranya karbonara dan bolognes, tidak kurang juga yang mengolah rasanya agar lebih pedas.

Megat Mohd Azhar Megat Ismail, pengasas bersama restoran Besito’s Survival di Seksyen 23, Shah Alam berkata, menyediakan hidangan pasta amat mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah, malah dengan menggunakan beberapa bahan saja, hidangan ini dapat dinikmati dengan lazat.

Sos pasta biasanya disajikan dengan pasta seperti spageti dan bahannya diolah mengikut cita rasa sendiri. Ada yang menggemari pasta yang dicampur dengan kepingan ikan, daging atau ayam, cendawan dan tidak kurang juga bahan berasaskan makanan laut.

“Apa yang penting, cita rasa tempatan menambah keenakan hidangan ini dan membezakannya antara restoran atau kafe yang lain. Bagi hidangan spageti Ariabata dari restoran ini misalnya, penggunaan cili padi memberi rasa pedas yang boleh dinikmati penggemar masakan pedas,” katanya.

Tip untuk memasak spageti agar tidak melekat adalah dengan menambahkan minyak dalam rebusan air. Selain itu, waktu merebus juga perlu diperhatikan agar spageti tidak terlalu lembik dan hancur. Megat Mohd Azhar menunjukkan cara memasak spageti Ariabata makanan laut yang mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah.

BAHAN

• Spageti (direbus hingga lembut)

• Sedikit minyak

• 1 ekor sotong saiz sederhana (dipotong kecil)

• 3 ekor udang

• 3 ekor kepah

• 1 ulas bawang merah (dicincang)

• 2 biji cili padi (dihiris halus)

• 1 biji tomato (dipotong dadu)

• 1 mangkuk kecil sos cili dan sos tomato

• Daun sup dan daun bawang sebagai hiasan

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2017 @ 12:01 AM