Penyampai berita Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) Pahang, Ahmad Jasmi Muda, menyifatkan resipi juadah Barat yang disuaikan dengan cita rasa tempatan di Kotak Kalam memberikan pengalaman baru kepada penggemar makanan berkenaan di pantai timur.

“Masakan pasta ‘aglio olio’ ayam yang ditambah cili memang kena dengan selera orang kita yang sukakan masakan pedas. Saya tertarik dengan kuah pasta yang diubah suai daripada resipi asal menghasilkan rasa lemak yang pedas-pedas manis.

“Gril kambing juga dimasak cukup baik apabila isinya sangat lembut hingga mudah dipotong dan dikunyah. Selain itu, saya gemar hidangan bebola daging yang ringkas tetapi disediakan dengan sos yang sangat lazat,” katanya.

Menurut Ahmad Jasmi, beliau juga terpesona dengan karya seni yang menjadi latar hiasan dalaman Kotak Kalam yang dianggap unik dan kreatif.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2016 @ 5:00 AM