BAHAN-bahan.
BAHAN-bahan.
1. REBUS spageti hingga lembut. Angkat, tos dan ketepikan. Masukkan dalam pinggan
1. REBUS spageti hingga lembut. Angkat, tos dan ketepikan. Masukkan dalam pinggan
2. DALAM kuali panas, masukkan mentega tanpa garam dan biarkan ia cair. Tumis bawang putih, bawang Holland, tomato ceri dan cendawan sehingga lembut dan berbau harum.
2. DALAM kuali panas, masukkan mentega tanpa garam dan biarkan ia cair. Tumis bawang putih, bawang Holland, tomato ceri dan cendawan sehingga lembut dan berbau harum.
3. MASUKKAN kepingan ayam belanda salai dan daun selasih, teruskan memasak.
3. MASUKKAN kepingan ayam belanda salai dan daun selasih, teruskan memasak.
4. MASUKKAN krim masakan dan stok ayam, kacau selama 30 minit.
4. MASUKKAN krim masakan dan stok ayam, kacau selama 30 minit.
5. TABUR keju parmesan dan kacau dengan pantas. Masukkan garam dan lada.
5. TABUR keju parmesan dan kacau dengan pantas. Masukkan garam dan lada.
6. TUANG kuah ke dalam pinggan spageti dan hidangkan panas.
6. TUANG kuah ke dalam pinggan spageti dan hidangkan panas.
Faizatul Farlin Farush Khan


Hidangan spageti bukan saja mudah disediakan dan hanya memerlukan beberapa minit untuk dimasak, tetapi ia juga lazat dan digemari kanak-kanak.

Penambahan daging dan sayur dalam ramuannya, menambah rasa selain membekalkan khasiat kepada kanak-kanak, terutama jenis yang cerewet ketika makan.

Melihat kepada selera kanak-kanak yang suka makan sesuatu yang ringkas, penuh rasa dan tidak pedas, Pengarah Pembangunan Produk Baru Saintifik dan Hal Ehwal Kawal Selia Fonterra Brands Malaysia Megawati Suzari, berkongsi resipi spageti ‘Alfredo cendawan dan daging salai ayam belanda daun selasih’.

Melalui bengkel nutrisi anjuran Fonterra Brands Malaysia baru-baru ini, Megawati turut menunjukkan langkah demi langkah penyediaan mudah resipi itu.

BAHAN

(UNTUK SATU HIDANGAN):

• 180 gram spageti, dimasak

• 1 sudu besar mentega tanpa garam

• 1 sudu teh bawang putih, dicincang

• 1 sudu besar bawang holland, dicincang

• 6 tomato ceri

• 2 cendawan butang putih, dihiris

• 1 cendawan shitake, dihiris

• 1 keping daging ayam belanda salai, dipotong kecil

• 6 helai daun selasih

• Serbuk stok ayam, secukup rasa

• 180 ml krim masakan

• 20 gram keju parmesan

• Garam dan serbuk lada sulah, secukup rasa

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 January 2017 @ 2:11 PM