BRIYANI Ayam Kismis
BRIYANI Ayam Kismis
Intan Mas Ayu Shahimi

AIDILFITRI bakal menjelma dalam beberapa hari saja lagi. Ketika ini, golongan ibu sedang sibuk memikirkan resipi untuk dihidangkan kepada tetamu yang akan datang bertandang.

Berbanding ketupat rendang, pilihan sajian berat seperti nasi dan mi mungkin boleh dipertimbangkan. Tidak perlu lauk atau sajian sampingan yang rumit. Memadai jika hidangan cukup rasa, berkhasiat dan mampu mencuri selera tetamu yang datang.

Sesekali, cuba hidangkan sajian unik ala cef. Tentu ramai yang jemu dengan hidangan nasi kerabu, nasi Arab, pelbagai rendang, laksa serta juadah wajib seperti nasi himpit dan lontong.

Manfaatkan barang sedia ada di dapur dengan menyajikan resipi hasil perkongsian California Raisins ini. Lihat bagaimana tetamu tersenyum kekenyangan di hari raya nanti.

BRIYANI AYAM KISMIS

Bahan

- Ayam (diperap)

- 1 ekor ayam (dipotong 8)

- 1 sudu teh serbuk kunyit

- 1 sudu makan serbuk cili

- 1 1/2 sudu makan garam (secukup rasa)

Untuk pes masala

- 4 biji bawang merah sederhana (dihiris nipis)

- 6 ulas bawang putih (dihiris)

- 1/2 cawan kismis (direndam dalam air panas)

- 3 inci halia (dihiris)

- 2 cili hijau dipotong kasar

- 6 cili merah kering (dibersihkan dan direndam dalam air panas)

- 1 sudu makan biji ketumbar

- Segenggam daun pudina

- Segenggam daun ketumbar

- Air

SOS BRIYANI

- 2 sudu makan minyak sapi

- 1 sudu makan minyak

- 1 keping kulit kayu manis

- 4 ulas buah pelaga

- 4 daun bay

- 4 ulas bawang putih

- 4 sudu makan tomato puri

- Pes masala

- Garam secukup rasa

- 3 - 4 cawan air

Nasi Briyani

- 4 cawan beras Basmati (direndam dalam air selama 30 minit)

- 1 sudu makan garam

- 4 sudu makan makan jus ubi bit

- 1 sudu teh serbuk kunyit

HIASAN

- Daun pudina segar

- 1 cawan kismis

- 1 cawan gajus

- Hirisan bawang merah

CARA-CARANYA

1. Gunakan mangkuk bersaiz besar, masukkan ayam, serbuk kunyit, serbuk cili dan garam. Gaul sebati dan perap selama 15 minit.

2. Siapkan pes masala. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang merah sehingga sedikit perang sebelum masukkan bawang putih, halia, cili hijau, biji ketumbar dan kismis. Goreng selama dua hingga tiga minit.

3. Dalam pengisar, masukkan bawang goreng, bawang putih, halia, cili hijau, kismis, cili kering, daun pudina, daun ketumbar dan biji ketumbar. Tambah sedikit air dan kisar sehingga menjadi pes. Pes masala anda siap untuk digunakan.

4. Dalam periuk, panaskan minyak sapi. Masukkan rempah (kayu manis, buah pelaga, cengkih dan daun bay), goreng hingga naik bau sebelum menambah pes masala.

5. Kemudian masukkan puri tomato dan tumis selama beberapa minit sebelum menambah kepingan ayam.

6. Gaul rata, tambah air dan biarkan ayam masak dengan api perlahan untuk 15 hingga 20 minit. Perasakan dengan garam.

7. Untuk nasi, panaskan periuk dan masukkan minyak sapi dan goreng bawang sehingga perang. Keluarkan bawang dan goreng daun pudina sehingga rangup. Lakukan hal yang sama dengan kacang gajus dan kismis. Angkat dan toskan.

8. Dalam periuk nasi, masukkan beras bersama air. Selepas nasi masak, tuangkan sedikit jus ubi bit dan minyak kunyit atau pewarna makanan merah dan kuning di atas beras. Hias dan hidangkan.

GULUNGAN Sosej Kismis Masala Pedas
GULUNGAN Sosej Kismis Masala Pedas

GULUNGAN SOSEJ KISMIS MASALA PEDAS

BAHAN-BAHAN

- 500 gram ayam kisar

- 1 cawan kismis (dicincang)

- 1/2 cawan daun ketumbar

- 1 sudu makan garam

- Sebiji telur

- 2 paket pastri paf

- Pes Masala

- 2 biji bawang merah (dihiris)

- 2 ulas bawang putih

- 1 inci halia (ditumbuk)

- 1/4 cawan daun pudina segar (dihiris)

- 1 sudu teh serbuk ketumbar

- 1 sudu teh serbuk kunyit

- 1 sudu teh serbuk cili merah

- 4 sudu makan minyak

CARA-CARANYA

1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celsius dan sediakan dulang beralas kertas.

2. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bawang. Goreng sehingga perang sebelum masukkan bawang putih dan halia.

3. Masukkan serbuk ketumbar, kunyit dan cili dan masak

dalam api yang kecil. Kemudian, masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam. Ketepikan.

4. Dalam mangkuk yang besar, masukkan ayam kisar, kismis, daun ketumbar, garam dan pes masala. Gaul semua bersama sebiji telur.

5. Bentukkan adunan seperti sosej sebelum diletakkan di atas pastri paf. Gulungkan dan potong bahagian yang terlebih.

6. Potong gulungan kepada tiga bahagian menjadi saiz yang mudah dimakan dan susun di atas dulang. Hiaskan dengan sapuan telur sebelum adunan dibakar dalam ketuhar selama lapan hingga 10 minit. Keluarkan selepas nampak keperangan dan hidangkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mei 2019 @ 4:30 AM