Rumah kedai yang terbakar. FOTO Syamsi Suhaimi
Rumah kedai yang terbakar. FOTO Syamsi Suhaimi
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Enam rumah kedai termasuk kedai menjual peralatan rumah, kusyen, membaiki elektrik dan menjual barangan elektrik musnah dalam kebakaran di Jalan Sultan Yahya Petra pagi tadi.

Dalam kejadian jam 8 pagi tadi itu bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Zaini Bidin berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah kedai sebelum api merebak ke kedai berhampiran.

Katanya, seramai 49 anggota bersama tujuh jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.04 pagi.

"Apabila tiba di lokasi kejadian, hampir 80 peratus premis terbabit terbakar dan kita berjaya mengawal kebakaran lebih sejam.

"Setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum ditaksirkan," katanya di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2016 @ 1:50 PM