ANGGOTA bomba memadamkan api yang memunsahkan 4  rumah kedai. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
ANGGOTA bomba memadamkan api yang memunsahkan 4 rumah kedai. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Oleh Mohamad Zulhairie Manzaidi

Kota Bharu: Empat deretan kedai musnah dalam kebakaran di Berek 12, petang tadi.

Dalam kejadian 5 petang itu, dua pintu kedai membuat zink, kedai dobi dan kedai pakaian terpakai musnah dalam tempoh 10 minit.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zaini Bidin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam, 5.02 petang.

Katanya, pihaknya tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.

"Kami berjaya mengawal api dari terus merebak ke 10 kedai berhampiran dalam tempoh 30 minit.

"Kebakaran dipercayai bermula antara kedai menjual pakaian terpakai dan dobi sebelum kedai berhampiran " katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Februari 2015 @ 7:15 PM