Junaidi Ladjana


Penampang: Dua bengkel membaiki kenderaan musnah dalam kebakaran di Jalan Donggongon berhampiran bulatan Nenas di sini, hari ini.

Dalam kejadian 8 malam itu, turut musnah rumah pekerja yang terletak berhampiran lokasi kebakaran manakala tiga kereta rosak akibat kebakaran daripada 13 kenderaan yang sedang dibaiki ti bengkel itu.

Anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang yang menerima panggilan kecemasan pada 8.04 minit masih giat memadam kebakaran daripada merebak.

Beberapa penghuni dari rumah pekerja berhampiran turut membantu memadam kebakaran dengan menggunakan baldi berisi air.

Difahamkan, api dipercayai dari belakang bengkel berkenaan sebelum merebak.

setakat ini, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 10:55 PM
BENGKEL yang terbakar. FOTO Junaidi Ladjana
BENGKEL yang terbakar. FOTO Junaidi Ladjana