Michelle Gun

PELAWAK popular, Jihan Muse, bakal melangsungkan pernikahan dengan Ungku Hariz di Shah Alam, petang Ahad ini.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa mula berkenalan dengan Ungku Hariz yang juga pelakon, sejak lapan tahun lalu.

"Alhamdulilah, selepas lama berkenalan, akhirnya hubungan kami akan ke jenjang pelamin. Saya sudah bersedia bergelar isteri dan mengharapkan majlis berjalan dengan lancar," katanya ketika dihubungi.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, majlis persandingan akan berlangsung di lokasi berasingan di Shah Alam, pada 27 Mac ini.

Walaupun hubungannya dengan Ungku Hariz bukan rahsia, Jihan lebih selesa mengunci mulut mengenai perkahwinan mereka apabila ditanya pihak media.

Sebelum ini, pernah ada media melaporkan majlis perkahwinannya akan berlangsung pada Oktober, namun mereka menafikannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Mac 2016 @ 9:53 PM