Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh (tengah) menyaksikan penyerahan tugas daripada Hong Soonkepada Abdul Hamid, pagi tadi. FOTO Yazit Razali
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh (tengah) menyaksikan penyerahan tugas daripada Hong Soonkepada Abdul Hamid, pagi tadi. FOTO Yazit Razali
Fardy Bungga


Kuala Lumpur: Datuk Abdul Hamid Mohd Ali mengambil alih jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur secara rasminya hari ini menggantikan Datuk Law Hong Soon.

Abdul Hamid, 58, sebelum ini pernah bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebagai Ketua Jabatan Ketenteraman Awam pada 2008 sehingga 2011.

Selepas itu, beliau dinaikkan pangkat menjadi Komander Pasukan Simpanan Persekutuan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Beliau sudah bertugas dalam PDRM selama 38 tahun sejak 1978.

Sementara itu, Hong Soon dilantik menjadi Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perundangan Bukit Aman.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mac 2016 @ 11:39 AM