Mazlan (kanan) kini Timbalan Ketua Polis KL. FOTO Kalidevi Mogan Kumarappa
Mazlan (kanan) kini Timbalan Ketua Polis KL. FOTO Kalidevi Mogan Kumarappa
Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur : Datuk Mazlan Lazim mengambil alih tugas Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur (KL) secara rasmi menggantikan Datuk Abdul Hamid Mohd Ali, hari ini.

Mazlan sebelum ini bertugas sebagai Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri sejak 18 Julai 2016.

Abdul Hamid pula yang memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur selama 11 bulan, akan bertugas sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman.

Majlis Serah Terima Tugas antara Abdul Hamid dan Mazlan di Mes Pegawai Kanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, disaksikan oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 9:48 AM