TANGKAP layar daripada video Reuters menunjukkan lokasi kejadian.
TANGKAP layar daripada video Reuters menunjukkan lokasi kejadian.
BERNAMA

Yala, Thailand: Seorang wanita maut, manakala 18 lagi termasuk lapan anggota polis cedera dalam letupan bom kereta di Yala, selatan Thailand pada awal pagi Ahad.

Ketua Polis Bannang Sata, Kolonel Polis Ranon Surawit berkat, dalam kejadian 10.10 pagi waktu tempatan, sebutir bom buatan sendiri dipasang pada sebuah kenderaan meletup di hadapan flat polis.

Menurut beliau, flat polis, rumah dan puluhan kenderaan berdekatan turut mengalami kerosakan berikutan letupan kuat yang berlaku.

"Seorang wanita tempatan berusia 45 tahun meninggal dunia, manakala 18 orang cedera, termasuk lima parah," katanya.

Ranon berkata, semua mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Bannang Sata.

Beliau berkata, polis sedang menjejaki individu dan kumpulan yang terbabit dalam serangan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 7:50 AM