ROSLI (kiri) dan Zainal Abidin, anatar 12 pegawai kanan PDRM yang terbabit dalam rombakan. FOTO Arkib NSTP
ROSLI (kiri) dan Zainal Abidin, anatar 12 pegawai kanan PDRM yang terbabit dalam rombakan. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran 12 pegawai kanannya berkuat kuasa 20 Januari ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad menerusi satu kenyataan hari ini berkata, antara pegawai kanan yang tersenarai dalam arahan pertukaran itu adalah Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Seri Rosli Ab Rahman bertukar ke Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi Bukit Aman.

Menurutnya, Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim pula bertukar menjadi Pengarah JPJKK Bukit Aman.

“Penolong Pengarah Narkotik (Risikan) Zon 11, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Faisal Yahya pula bertukar ke Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Sarawak.

“Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan, Bahagian Koordinasi Sumber Sokongan JPJKK Bukit Aman, Asisten Komisioner Aris@Arif Omar pula bertukar ke Bahagian Pentadbiran JPJKK Bukit Aman,” katanya.

Asmawati berkata, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulai Pinang, Asisten Komisioner Abdul Ghani Ahmad bertukar sebagai Penolong Pengarah Koordinasi Sumber Sokongan, Bahagian Koordinasi Sumber Sokongan JPJKK Bukit Aman.

“Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhammad Hanif Othman bertukar ke Pengarah Keselamatan Gred 52, Universiti Malaya (UM) Kuala Lumpur.

“Penolong Pengarah Siasatan dan Pemantauan Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Asisten Komisioner Nor Fazid Ahmad ke Timbalan Ketua JPJKK (Operasi) Pahang,” katanya.

Beliau berkata, Timbalan Ketua Polis Daerah (Kepolisan Am Timur Laut, Superintendan Izwan Abd Karim bertukar Ketua Jabatan KDNKA Pulau Pinang.

“Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Arsad Kamaruddin pula bertukar Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.

“Superintendan (D9) Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Khairiel Mohd Arif bertukar sebagai Ketua Polis Daerah Jempol,” katanya.

Katanya, Ketua Polis Daerah Sri Aman, Deputi Superintendan Othman Sulaiman pula bertukar Ketua Polis Daerah Lundu.

“Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Sarawak, Deputi Superintendan Bingkok Ak John bertukar Ketua Polis Daerah Sri Aman,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 12:15 AM