(Dari kiri) Razarudin, Zainuddin dan Shaharuddin. FOTO NSTP
(Dari kiri) Razarudin, Zainuddin dan Shaharuddin. FOTO NSTP
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat membabitkan 20 pegawai kanannya hari ini, berkuat kuasa 8 April depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran membabitkan Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain@Abd Rashid yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Perak yang baharu dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

“Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob pula akan menjadi Ketua Polis Kedah baharu dengan memangku pangkat Komisioner Polis, manakala Ketua Penolong Pengarah (E3) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Rosly Abas dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas 2 Bukit Aman dengan memangku pangkat Komisioner Polis.

“Ketua Penolong Pengarah (Pematuhan) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Lim Hong Shuan akan bertukar ke Timbalan Ketua Polis Perak,” katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.

Asmawati berkata, selain itu pertukaran turut membabitkan Komander Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Asisten Komisioner Nasarudin Abdul Mubin yang dinaikkan pangkat sebagai Senior Asisten Komisioner Ketua Inspektorat Penerbangan, Pasukan Gerakan Udara.

“Turut dinaikkan pangkat ialah Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Teknikal Intelegen Analisis) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Asisten Komisioner Abdul Rahim Dolmat yang akan menjadi Ketua Penolong Pengarah (Risikan/Operasi) JSJN Bukit Aman.

“Ketua Jabatan Pengurusan Perak, Asisten Komisioner Abdul Latiff Yunus akan bertukar sebagai Komandan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching,” katanya.

Beliau berkata, Penolong Pengarah (Pengurusan Penilaian Kompetensi), Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Asisten Komisioner Dr Tan Poh Pow ditukarkan sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi).

“Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Terengganu akan mengambil alih jawatan Dr Tan Poh Pow. Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah ditukarkan sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Komuniti Kedah.

“Tempat beliau akan digantikan Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah. Asisten Komisioner Perhubungan Antarabangsa Urusetia Ketua Polis Negara, Asisten Komisioner Mahfuz Abd Majid akan menjadi Urusetia KPN (Pentadbiran),” katanya.

Menurutnya, Ketua Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir akan menjadi Timbalan Komander Briged utara.

“Selain itu, Komandan PULAPOL Bukit Sentosa, Selangor, Superintendan Osman Mamat dinaikkan pangkat ke Ketua Polis Daerah Taiping, Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Ketua Unit Siasatan Jenayah Tanah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Superintendan Awang Din Awang Ghani dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Kuching dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya.

Katanya, Superintendan Pengajian Sains Kepolisan (3) Superintendan Ahmad Saad dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Perakaunan Forensik) JSJK, Bukit Aman.

“Pegawai Turus Pendataan/Analisa Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti (JPJKK) Selangor, Superintendan Nor Ainin Nuh akan bertukar sebagai Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan, Maktab PDRM dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Superintendan Perhubungan Antarabangsa, Superintendan Nik Ezanee Mohd Faisal akan mengambil alih jawatan Asisten Komisioner Mahfuz Abd Majid.

“Ketua JIPS Pulau Pinang, Superintendan Abdul Halim Saidin dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Ketua JPJKK Pulau Pinang. Superintendan D3 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Mohd Zaki Ashar akan dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 3:06 PM