PENJAGA gol Kedah, Mohd Farhan Abu Bakar berjaya menangkap bola walaupun diasak  Gilmar Jose (dua dari kanan).
PENJAGA gol Kedah, Mohd Farhan Abu Bakar berjaya menangkap bola walaupun diasak Gilmar Jose (dua dari kanan).
Oleh Azmil Sulaiman


Petra Jaya: Misi meraih tiga mata pertama Sarawak tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 ketika melayan kunjungan Kedah dalam aksi kelima Liga Super 2016 di Stadium Negeri, Kuching, semalam.

Meskipun meraih satu mata, ia tidak memadai buat skuad bimbingan Datuk K Rajagobal untuk memperbaiki kedudukan liga.

Kelebihan beraksi di laman sendiri dengan kehadiran kira-kira 10,000 penyokong gagal dimanfaatkan tuan rumah untuk menjaringkan gol awal.

Awal 20 minit babak pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan mempamerkan corak seimbang.

Bagaimanapun Sarawak dilihat masih mencari rentak bagi mengimbangi serangan Kedah.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mac 2016 @ 7:59 AM