ANTARA tujuh kereta curi yang dirampas semula. FOTO Amir Irsyad Omar
ANTARA tujuh kereta curi yang dirampas semula. FOTO Amir Irsyad Omar
Azma Razana Johari


Bukit Mertajam: Lelaki dipercayai anggota sindiket curi kereta di Pulau Pinang ditahan dalam sekatan jalan raya di Kuantan, Pahang, 5 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, lelaki berusia 39 tahun berkenaan ditahan kerana memandu kereta curi dan susulan daripada soal siasat, polis mengesan enam lagi kendeeran yang dipercayai dicuri.

Menurutnya, lelaki itu mencuri kenderaan di Pulau Pinang dan Kedah sebelum menjualnya dengan harga rendah di Pahang dan Terengganu.

"Polis turut menahan enam lelaki dan seorang wanita yang membeli kenderaan berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Semua kenderaan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah SPT untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mac 2016 @ 8:22 PM