GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Bukit Mertajam: Sembilan individu termasuk empat remaja perempuan sanggup menyewa bilik di sebuah hotel di Machang Bubok, di sini, awal pagi tadi hanya untuk berparti liar bagi menyambut hari lahir.

Semua mereka berusia 16 hingga 24 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi & Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada 12.30 tengah malam tadi hasil risikan dan maklumat awam mengenai aktiviti tidak bermoral.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Rahimi Mohd Ra'ais berkata, semua mereka yang ditahan juga didapati mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dikuatkuasakan ketika ini.

"Kesemua mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), di sini, untuk proses dokumentasi dan ujian saringan air kencing bagi siasatan lanjut," katanya.

Katanya, setiap seorang yang ditahan itu turut dikompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika pelaksanaan PKP ketika ini.

Difahamkan, mereka berparti di situ untuk menyambut hari lahir seorang daripada yang ditahan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2021 @ 7:05 PM