LAPORAN Harian Metro terdahulu.
LAPORAN Harian Metro terdahulu.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Subang Jaya: Pemandu Perodua Axia yang tular kerana melarikan diri daripada polis, sudah ditahan di rumah ibunya di Jalan SS18, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki berusia 42 tahun itu dipercayai bertindak demikian kerana cukai jalan kereta dipandunya tamat tempoh.

"Suspek ditahan di rumah ibunya pada 12.30 tengah hari tadi. Motif melarikan diri dipercayai kerana cukai jalan tamat tempoh," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, polis sedang mengesan pemandu Perodua Axia yang melarikan diri ketika dikejar kereta peronda polis (MPV) di Jalan USJ 1, Subang Mewah, di sini, Isnin lalu.

Kejadian berlaku pada 3.32 petang semasa anggota polis menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 10:00 PM