SETIAUSAHA Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, Datuk R Annamalai. -FOTO Asrol Awang
SETIAUSAHA Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia, Datuk R Annamalai. -FOTO Asrol Awang
Asrol Awang


Kuantan: Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang berlangsung selama tiga hari di Stadium Darul Makmur, di sini diharap menjadi medan terbaik buat atlet negara.

Setiausaha Jawatankuasa Pengelola kejohanan, Datuk R Annamalai, berkata kejohanan yang turut disertai atlet dari luar negara memberi peluang kepada atlet untuk menonjol.

"Kejohanan ini memberi banyak peluang kepada atlet Malaysia untuk menonjol iaitu mempamerkan kecemerlangan untuk mencatat pencapaian terbaik.

"Kehadiran beberapa atlet dari luar negara yang menyertai Terbuka Malaysia diharap membantu termasuk penyertaan atlet kebangsaan," katanya.

Annamalai berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di sebuah hotel, di sini hari ini.

Beliau turut mengesahkan penyertaan 578 atlet, termasuk dari luar negara yang bakal berentap.

Katanya, atlet luar yang mengesahkan penyertaan ialah dari Rusia, Singapura, Australia, Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India dan Filipina.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 9:25 PM