NAOMI disahkan akan mewakili Jepun di Olimpik Paris. -FOTO AFP
NAOMI disahkan akan mewakili Jepun di Olimpik Paris. -FOTO AFP
AFP

Tokyo: Bekas pemain nombor satu dunia, Naomi Osaka diberi lampu hijau untuk mewakili Jepun pada temasya Olimpik Paris bulan depan, umum persatuan tenis negara itu hari ini.

Bekas finalis Terbuka AS, Kei Nishikori turut disenaraikan bersama pasukan tenis Jepun ke Paris.

Pada Olimpik Tokyo yang lalu, Naomi yang juga juara empat kali Grand Slam, mara sehingga pusingan ketiga dan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan dunia tenis seketika.

Selepas itu mendirikan rumah tangga dan menjadi seorang ibu, Naomi kembali ke arena tenis pada akhir tahun lalu selepas cuti bersalin selama 15 bulan.

Pemain berusia 26 tahun itu kini berada di kedudukan ke-125 dunia.

Acara perseorangan di Sukan Olimpik akan membabitkan saingan 64 pemain dengan maksimum empat wakil daripada setiap negara.

Persekutuan Tenis Antarabangsa membenarkan Naomi bertanding di Paris dengan memberikannya kedudukan istimewa untuk pemain yang sudah meninggalkan jelajah itu, kata JTA.

Nishikori yang kedudukannya tergelincir kepada ranking ke-286 selepas beberapa siri kecederaan, turut diberikan ranking khas yang membolehkannya beraksi di Sukan Olimpik.

Naomi berkata selepas bermain untuk Jepun dalam Piala Billie Jean King di Tokyo April lalu, dia mengatakan bahawa dia "suka bermain" di Paris.

"Membesar menonton Olimpik di TV, membuatkan saya rasa Olimpik adalah perayaan sukan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 7:43 PM