ALIFF Aziz ketika ditemui media di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selepas selesai melafazkan talak. FOTO Saifullizan Tamadi
ALIFF Aziz ketika ditemui media di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan selepas selesai melafazkan talak. FOTO Saifullizan Tamadi
Najiy Jefri

Kuala Lumpur: Penyanyi Aliff Aziz memohon orang ramai mendoakan kes khalwat membabitkan dirinya dengan pelakon Ruhainies menemui jalan penyelesaian terbaik. 

Menurut Aliff, buat masa ini dia hanya menunggu tindakan selanjutnya selepas  memberi sepenuh kerjasama kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

"Insya-Allah, mohon semua mendoakan yang baik-baik dan semoga kes itu selesai.

"Saya sudah beri kerjasama dengan pihak Jawi, seterusnya kita serahkan kepada mereka untuk tindakan akan datang." katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail memaklumkan siasatan kes khalwat membabitkan Aliff Aziz dan Ruhainies selesai.

Mohd Ajib berkata kertas siasatan itu sudah dihantar kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut.

Keputusan selanjutnya terletak kepada pihak Japens untuk membuat dakwaan hasil daripada kertas siasatan yang diserahkan.

 Aliff dan Ruhainies dilaporkan ditahan pihak berkuasa Jawi di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu. Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar jam 2 petang pada hari sama.

 

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 7:41 PM