LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
Aizat Sharif

Kangar: Tiga individu termasuk pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan imam masjid yang direman berhubung penerimaan suapan lebih RM1 juta dalam pengurusan pendaftaran pernikahan di Perlis sejak April 2022 sehingga Jun 2023, dibebaskan semalam.

Sumber berkata, ketiga-tiganya yang berusia antara 25 hingga 52 itu dilepaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tempoh lanjutan reman tamat.

"Bagaimanapun, mereka boleh dipanggil semula sekiranya terdapat keperluan untuk bantu siasatan," katanya hari ini.

Tiga individu itu yang termasuk anak imam masjid berkenaan direman bermula 5 Jun lalu, sebelum perintah reman itu dilanjutkan tiga hari lagi dari 9 Jun hingga semalam.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.


Akaun pegawai kanan JAIPs, imam masjid mungkin dibeku bagi siasatan penerimaan lebih RM1 juta

'Mungkin ada pihak lebih tinggi terbabit isu rasuah daftar nikah di Perlis'

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 8:10 PM