FUJIFILM X-Pro2
FUJIFILM X-Pro2
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: FUJIFILM (M) Sdn Bhd, melancarkan kamera lensa boleh ubah premium, FUJIFILM X-Pro2, model baru yang menawarkan satu-satunya ‘Hybrid Viewfinder’ di dunia dan sensor X-Trans III 24MP terbaru.

Ketua Jualan Penyelesaian Pengimejannya, Hon Soon Teng berkata, pihaknya juga memperkenalkan kamera kompak premium FUJIFILM X70, model siri-X terkecil dan paling ringan dengan saiz sensor APS-C.

"FUJIFILM X-Pro2 dibangunkan dengan tambahan sensor dan pemproses imej yang dipertingkat serta kualiti imej dramatik, memberikan hasil terbaik pernah dihasilkan oleh kamera siri-X.

Kemampuan ‘Hybrid Viewfinder’ turut dipertingkatkan bagi membolehkan pengubahan di antara pembidik elektronik dan optikal secara spontan, katanya.

Fungsi ‘Multi-Magnifiocation’ menukar magnifikasi pembidik mengikut lensa secara automatik manakala ‘Rangefinder elektronik’ memaparkan pembidik elektronik di atas pembidik optikal.

"Manakala, model FUJIFILM X70 pula membawakan semua ciri yang menggabungkan operasi manual ringkas dengan kualiti imej terbaik dan fungsi rakaman yang lebih versatil," katanya pada majlis pelancaran produk baru FUJIFILM di sini, hari ini.

Bagi X70, kamera kompak yang dijual pada harga badan RM3,388 menampilkan lensa 18.5 milimeter*1 F2.8 yang sesuai untuk pelbagai kegunaan daripada landskap hingga rakaman santai.

Model FUJIFILM X-Pro2 pula yang dijual pada harga badan RM8,188 itu ditambah dengan sensor dan pemproses.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mac 2016 @ 1:47 PM