Muhammad Saufi Hassan

 

 

Pengeluar peranti pintar terkemuka, Xiaomi memperkenalkan empat variasi Redmi Note 13 Series untuk pasaran tempatan sejajar dengan pelancaran global di Bangkok, Thailand.

  Barisan siri baharu ini adalah Redmi Note 13 Pro+ 5G, Redmi Note 13 Pro 5G Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13.

  Siri peranti Redmi Note 13 akan tersedia untuk pembelian di negara ini bermula 20 Januari ini.

  Pengenalan generasi baharu peranti berkenaan memperlihatkan peningkatan ketara pada sistem kamera, reka bentuk, paparan dan pemproses,

  Siri Redmi Note 13 terus merapatkan jurang antara telefon pintar peringkat pertengahan dan perdana, memberikan aspek ketahanan, pengalaman hebat dan keupayaan pengimejan yang mengagumkan dengan tanda harga yang lebih mesra pengguna.

  Peranti ini direka untuk memenuhi keperluan fotografi yang pelbagai, Siri Redmi Note 13 menawarkan sistem kamera yang serba boleh dan dinaik taraf berbanding generasi terdahulunya.

  Bagi model Pro, Redmi Note 13 Pro+ 5G dan Redmi Note 13 Pro 5G, menampilkan kamera 200 megapiksel (MP) resolusi ultra tinggi dengan penstabilan imej optikal (OIS) untuk merakam gambar dengan tahap perincian terbaik sekali gus mengubah landskap fotografi mudah alih.

  Ia turut didatangkan dengan sensor 'lossless' 2x serta 4x yang menawarkan jarak dekat yang terperinci sekali gus memberi fokus kepada subjek yang ingin dirakam.

  Sistem kamera canggih ini disokong oleh penderia 1/1.4 inci yang besar dan pemprosesan imej yang dipertingkatkan, memastikan kualiti imej yang menakjubkan walaupun dalam keadaan cahaya yang kompleks dan rendah.      

  Gabungan sensor ini, apertur f/1.65 yang sangat besar dan piksel Tetra2 (teknologi pixel-binning termaju) memberikan gambar yang jelas dan terang walaupun dalam keadaan pencahayaan yang lemah, manakala lensa 7P dengan Atomic Layer Deposition (ALD) mengurangkan suar dan 'ghosting'.

  Pada masa sama, model asas iaitu Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13, dilengkapi dengan kamera utama 108MP dengan zum Lossless 3x untuk menyampaikan imej yang luar biasa dengan butiran yang lebih halus.

  Kedua-dua telefon pintar ini juga dilengkapi dengan pelbagai pilihan penapis filemKamera untuk pengguna menyesuaikan foto mereka.

  Peranti ini didatangkan dengan binaan tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 200MP atau 108MP, lensa ultra lebar 8MP, lensa makro 2MP dan kamera swafoto 16MP.

  Semua peranti ini disokong oleh 'Enjin Pengimejan Xiaomi' dan secara keseluruhan, setiap peranti menyediakan fotografi pengiraan generasi akan datang dan pemprosesan imej yang berkuasa, menjadikan Siri Redmi Note 13.

  Menyentuh aspek reka bentuk, peranti ini didatangkan dengan bezel ultra nipis   untuk rupa dan rasa premium serta paparan berkualiti tinggi untuk pengalaman pengguna yang dipertingkatkan dan tontonan yang mengasyikkan.

  Redmi Note 13 Pro+ 5G dan Redmi Note 13 Pro 5G menawarkan paparan kristal dengan paparan AMOLED 1.5K dan kecerahan puncak 1800 nits.   \.

  Sementara itu, Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13 menampilkan paparan FHD+ AMOLED yang sangat jelas.

  Untuk jaminan tambahan semasa tontonan lanjutan, peranti Redmi Note 13 Series mempunyai penarafan TÜV Rheinland Low Blue Light, Flicker Free, dan Circadian Friendly dan termasuk pelbagai ciri perlindungan mata seperti mod membaca.

  Pada masa sama, Xiaomi turut melancarkan tiga peranti boleh pakai iaitu Redmi Watch 4, Redmi Buds 5 Pro dan Redmi Buds 5.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2024 @ 2:59 PM