Muhammad Saufi Hassan

Penawaran kamera terbaik dengan tanda harga yang lebih rahmah. Itu kesimpulan secara keseluruhan berhubung pengenalan peranti realme 12 Pro+ 5G serta variasi realme 12+ 5G.

Menerusi pelancaran berkenaan, kedua-dua peranti itu boleh dibeli dengan tanda harga kurang RM2,000 dengan menampilkan kualiti kamera yang dibanggakan.

Realme 12 Pro+ 5G membawakan satu-satunya lensa telefoto periskop dalam segmennya dan paling menarik, negara ini adalah pasaran pertama yang melancarkan realme 12+ 5G. 

Menerusi peranti realme 12 Pro+ 5G dengan bangganya memperkenalkan satu-satunya lensa periskop telefoto yang berkuasa dalam kategorinya, ciri yang secara tradisinya eksklusif untuk model perdana kerana kos yang tinggi dan kerumitan teknikalnya. 

Realme 12 Pro+ 5G mengambil langkah besar ke depan dengan lensa telefoto periskopnya, menawarkan zum optik 3X yang tiada tandingan, zum dalam-sensor 6X dan panjang fokus bersamaan dengan 71mm. 

Perkara terpenting inovasi sedemikian terletak pada sensor OmniVision OV64B 1/2 inci yang dipadankan dengan resolusi 64 Megapiksel (MP) tertinggi industri untuk lensa telefoto periskop, menjanjikan imej yang tajam dan terperinci dengan hingar terkawal walaupun dalam cahaya malap.

Memperkasakan kuasa pengimejan yang diidamkan ialah 'Sistem Fotografi Omnifokal' tercanggih, perkakasan kamera tunggal yang menawarkan lima tahap zum lossless iaitu dengan kadar 0.6X, 1X, 2X, 3X dan 6X.

Teknologi sistem zum dalam sensor memastikan kualiti imej yang luar biasa dengan ketelitian yang jauh mengatasi zum digital biasa, memperkasakan pengguna dengan fleksibiliti untuk memilih jarak fokus yang sempurna untuk tangkapan yang tepat dan jelas merentasi pelbagai jarak.

Melengkapkannya, siri ini juga menjadi perintis 120X SuperZoom, menawarkan keupayaan zum ultra jarak jauh yang belum pernah ada sebelum ini dalam kelasnya, menetapkan penanda aras baharu untuk fotografi serba boleh.

Pada masa sama, Realme memperkenalkan algoritma domain RAW peneraju industri dengan keupayaan pengimejan yang tiada tandingan. 

Inovasi ini memastikan integriti data lossless, pencahayaan yang tepat, ketelitian bayang-bayang serta kejelasan yang unggul dan julat dinamik. Sementara itu, realme 12 Pro+ 5G menggunakan pemproses 4nm, Snapdragon 7s Gen 2.

Di samping itu, sebagai peranti pintar untuk 'Vlogging' terbaik, realme 12+ 5G dilengkapi dengan sensor Sony-50MP LYT-600 dan Sony OIS, memberikan imej yang stabil dan rendah hingar dalam pelbagai keadaan. 

Ia menampilkan zum dalam-sensor 2X yang mengekalkan kualiti imej yang unggul sambil memberikan pengguna kebebasan untuk memilih daripada pelbagai jarak fokus, mengecapi tangkapan sempurna pada jarak yang pelbagai. 

Direka bentuk untuk kemudahan penggunaan, realme 12+ 5G menawarkan Sistem Potret Snap baharu, sistem inovatif untuk menangkap gambar pantas yang melancarkan kamera dengan cepat dalam 0.8 saat dan membolehkan sehingga 208 gambar seminit melalui penangkapan berterusan. 

Dipacu oleh algoritma pendedahan realme, autofokus subjek pintar, pengesan gerakan dan Sony OIS, kadar kejayaan untuk foto pantas dipertingkatkan sebanyak 40 peratus. 

Menambah lagi fleksibilitinya, realme 12+ 5G dilengkapi kamera ultra lebar 112°, kamera mikro dan kamera swafoto HD 16MP, memenuhi pelbagai keperluan fotografi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mac 2024 @ 9:46 PM