Penduduk Palestin memeriksa runtuhan di klinik al-Daraj di Kota Gaza selepas ia dilanda serangan Israel sehari sebelumnya pada 24 Jun 2024, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan kumpulan militan Palestin Hamas. FOTO AFP

Bernama-Wafa

Ramallah: Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Wanita di Palestin, Maryse Guimond berkata bahawa seluruh keluarga maut dalam serangan Israel di Gaza.

"Setiap orang yang anda lihat di Gaza mempunyai kisah ngeri. Lebih 10,000 wanita terbunuh dan lebih 6,000 keluarga kehilangan ibu mereka," Agensi Berita Palestin (WAFA) memetik kenyataan Guimond di platform X.

Sementara itu, seramai satu juta wanita dan kanak-kanak perempuan hilang tempat tinggal, maruah, ahli keluarga dan kenangan mereka.

"Anda boleh melihat kemusnahan di segenap tempat di Gaza," katanya selepas lawatan terkini ke wilayah yang dilanda perang itu.

Semasa lawatannya ke Gaza, Guimond berkata beliau menyaksikan banyak kawasan dipenuhi khemah-khemah pelarian, sementara ada yang memilih untuk tinggal di bangunan musnah sambil berjuang mendapatkan makanan dan air.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Jun 2024 @ 5:42 PM