Muhammad Saufi Hassan

Huawei hari ini melancarkan peranti baharu mereka iaitu P50 Pro dan telefon boleh lipat P50 Pocket yang menampilkan spesifikasi terkini termasuk keupayaan kamera pada kelas tersendiri.

Kedua-dua peranti itu hadir dengan keupayaan optik XD Huawei dan Enjin Imej XD Fusion Pro sekali gus memberi kualiti gambar terbaik serta membawa tahap baru dalam fotografi mudah alih.

 Menyentuh aspek spesifikasinya, peranti Huawei P50 Pro ini menggunakan tetapan empat lesan iaitu 50 megapiksel (MP) kamera 'True Chroma' dengan sensor F/1.8 bersama-sama padanan 40MP True Chroma dengan sensor Mono F/1.6.

Dua lagi lensa adalah 13MP untuk sudut ultra lebar dengan 64MP lensa telefoto bersama sensoir F/3.5 bersama-sama dengan teknologi OIS.

Hasil gabungan lensa berkenaan, ia berkeupayaan untuk pembesaran digital, pembesaran optikal dan pembesaran hibrid mengikut tetapan pengguna.

Keupayaan pemproses Qualcomm Snapdragon 888 ini bersama padanan memori (RAM) 8GB bukan saja memberi kelicinan dalam segenap pelancaran aplikasi malah ia memberi kesan positif dalam prestasi kamera secara tidak langsung.

Rekaan lengkuangan di kiri dan kanan juga memberi keselesaan kepada pengguna untuk menaip, memegang malah itu adalah ciri utama peranti ini berada pada tahap yang tersendiri.

Selain prestasi kamera dan kelicinan pelancaran aplikasi, Huawei P50 Pro juga sangat cemerlang untuk mod permainan apabila peranti ini dikuasakan dengan Unit Pemproses Grafik (GPU) Adreno 660.

Di samping itu, skrin paparan Huawei P50 Pro yang didatangkan dengan teknologi OLED bersama kadar segar semula sehingga 120Hz, 1440Hz untuk PWM frekuensi tinggi bersama 300Hz sesentuh kadar 'sampling'.

Bagi P50 Pocket pula, ia menggunakan reka bentuk dwi bulatan ikonik yang terdapat pada siri Huawei P50.

Peranti ini mempunyai keupayaan lipatan yang lancar, menjadikan penampilan peranti berkenaan ultra nipis serta ringan dengan paparan bersaiz 6.9 inci pada nisbah paparan 21:9.

Tanda harga bagi Huawei P50 Pro adalah RM4,199 dan pengguna berpeluang untuk mendapat barangan bernilai RM2,100 jika membuat pra tempahan.

Barangan pra tempahan termasuk Huawei Watch GT 2 Pro bersama-sama penukaran skrin dalam tempoh tiga bulan pertama pembelian.

Untuk Huawei P50 Pocket pula, ia ditawarkan pada harga RM5,999 dan pengguna turut berpeluang menikmati hadiah bernilai RM2,700 untuk pakej pra tempahan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 January 2022 @ 4:28 PM