SUMBER Google
SUMBER Google

Kuala Lumpur: Satu gempa bumi sederhana 5.2 pada skala Richter melanda Laut Bismarck, 204km barat daya Kavieng, Papua New Guinea, 5.47 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan, berkata gempa bumi itu berlaku kira-kira 3,522km tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

MetMalaysia berkata, orang ramai boleh memantau perkembangan in menerusi laman Facebook https://www.facebook.com/malaysiamet dan Twitter https://twitter.com/malaysianmet.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Mac 2016 @ 9:52 AM