FOTO hiasan.
FOTO hiasan.
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.5 pada skala Richter berlaku berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada 5.09 petang.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi itu berpusat di 58 kilometer (km) timur dari Sendai, Jepun pada kedalaman 71 km.

MetMalaysia dalam penilaian awalnya mendapati gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Mac 2021 @ 6:23 PM