Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan khabar angin mengenai mesej kejadian gempa bumi dan tsunami yang bakal melanda Pahang seperti yang tersebar di laman media sosial.

Menurut kenyataan dikeluarkan MetMalaysia semalam, khabar angin kejadian bencana alam berkenaan akan melanda negeri pantai timur itu dalam tempoh 36 jam adalah tidak benar sama sekali.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai sebarang nasihat mahupun amaran yang disebarkan daripada sumber tidak sahih seperti media sosial.

“Orang ramai yang mahukan sebarang pengesahan maklumat, sila rujuk laman sesawang MetMalaysia di alamat http:// www.met.gov.my atau mobile web rasmi m.met.gov.my atau Facebook https://www.facebook.com/malaysiamet.

“Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat terkini di https://twitter.com /malaysiamet atau talian 1 300 22 1MET (1638),” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Jun 2015 @ 10:50 AM