Kilang televisyen Samsung di Seremban. - Foto Fail
Kilang televisyen Samsung di Seremban. - Foto Fail
BERNAMA

Kuala Lumpur: Samsung akan menamatkan operasi Samsung Electronics Display Malaysia (SDMA), kilang kemudahan televisyennya (TV) di Seremban, Negeri Sembilan, April ini.

Bagaimanapun, syarikat itu menegaskan penutupan kilang pengeluaran TV itu tidak menjejaskan perniagaan lain di Malaysia yang mempunyai lebih 5,000 pekerja.

Langkah itu, susulan pelaksanaan pelan strategiknya menambah baik keseluruhan kecekapan perniagaan akan menjejaskan kira-kira 620 kakitangan, kata syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.

"Seramai 475 warga Malaysia dan 145 pekerja asing yang bekerja di kilang itu akan menerima pakej pampasan yang adil dan berpatutan," kata syarikat itu.

Perniagaan lain di Malaysia termasuk pembuatan oven gelombang mikro Samsung Electronics dan bateri Samsung SDI.

Samsung berkata, ia akan terus menjual TV di Malaysia, dan produk TV pelanggan sedia ada dan baru akan terus disenggara Samsung Customer Care Network yang terus kekal.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2016 @ 9:30 PM