KAPAL TINA 7 dan STRAITS 3 dirempuh MV OLF di tenggara Tanjung Ayam, Kota Tinggi. FOTO ihsan APMM
KAPAL TINA 7 dan STRAITS 3 dirempuh MV OLF di tenggara Tanjung Ayam, Kota Tinggi. FOTO ihsan APMM
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Tanjung Sedili menahan kapal MV OLF, Ahad lalu, yang terus belayar sejurus terbabit dalam pelanggaran dengan dua lagi kapal di Perairan Tanjung Ayam dekat Kota Tinggi, 18 Februari lalu.

Pengarah APMM Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata, kapal terbabit yang berdaftar di Basseterre, Saint Kitts dan Nevis ditahan di perairan Tanjung Ramunia ketika dalam pelayaran dari Hong Kong menuju ke India.

Beliau berkata, ketika ditahan kapal terbabit membawa 15 kru warga India dan seorang kru Sri Lanka yang semuanya berusia antara 20-an hingga 50-an.

"Pada 18 Februari lalu, APMM Daerah Tanjung Sedili menerima panggilan daripada Pelabuhan Johor berhubung kes pelanggaran membabitkan tiga kapal di Perairan Tanjung Ayam dekat sini pada 7.30 malam.

"Kapal yang melanggar iaitu MV OLF dipercayai terus belayar ke perairan Indonesia tanpa membantu anak kapal TINA 7 dan STRAITS 3," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Februari 2016 @ 1:09 PM