FOTO daripada Fb Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias
FOTO daripada Fb Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias
Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Ustaz Datuk Mohamad Kazim Elias yang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, kian pulih.

Jurucakap HUSM, berkata keadaan ustaz semakin stabil dan dirawat di wad separa kritikal (CCU).

"Beliau memerlukan rehat yang cukup untuk memulihkan kembali kesihatannya.

"Diharapkan orang ramai yang mahu melawat beliau memberikan masa dan ruang kepada beliau (ustaz) untuk berehat," katanya, di sini, hari ini.

Ustaz dimasukkan ke HUSM, malam tadi, selepas mengadu sakit dada dan sempat memohon maaf kepada 1,000 pengunjung di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) jajahan Bachok, Gunong.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2016 @ 10:46 AM