Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (knan) dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Mokhtar Mustapa turut melawat Ustaz Kazim. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR

Siti Nor Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Pendakwah bebas Datuk Mohamad Kazim Elias, 44, selesai menjalani rawatan Angiogram di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, 10.30 pagi.

Pegawai khasnya Rafi Rahman berkata, rawatan satu setengah jam itu yang bermula 9 pagi tadi, prosedur biasa bagi mengenalpasti kecederaan dialami otot jantungnya.

“Alhamdulillah Ustaz Kazim Elias baru selesai menjalani rawatan dan semuanya selamat.

"Keadaannya stabil dan sedar, namun lemah," katanya di sini, hari ini.

Ustaz Kazim dimasukkan ke HUSM selepas sakit dada selepas lima minit memberi ceramah di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Gunong, Bachok.

Beliau sempat memohon maaf kepada 1,000 pengunjung yang hadir sebelum dikejarkan ke hospital.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Februari 2016 @ 11:17 AM